Ada benda.
boleh dihembur
macam peluru kapur.
Ada benda.
kena dikubur
sekalipun hati sakit dan menggelupur.
 
Ada benda boleh dimuntah.
ada benda terpaksa ditelan, dikedarah.
Ada benda boleh dilaung-laungkan,
seantero buana tahu tidak mengapa.
Ada benda kena dilindung-lindungkan,
di jerit pada dunia pun tiada guna.
Ada benda boleh dikongsi
ada benda disimpan sendiri.
Ada benda perlu publisiti
ada benda diam-diam ubi, berisi.

 

Jangan atas dasar “wall kita”
kita tulis apa sahaja kita suka.
Kerana yang punya mata,
yang meniliknya,
ada hati
ada rasa.
 
Lainlah kalau wall kita
kambing yang baca!!
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

  1. Salam Dee,

    Haisyyyy FB pun masuk sini kaa?

    Itu kambin kalau semelih sangat senang maa, bulu tarak!

    Gapo bisin-bisin sokmo, banyak owang gilo kang!

    • Salam, kak tun yang dikasihi,
      tu biri2 yang baru dicukur bulunya, nampak cam sodap kan dagingnya?
      kikiki, sopo yang gilo tu?

Leave a Reply to Dhiah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *