Setelah lama duduk dalam keadaan tidak berpitis, maka semalam, setelah memperolehi pitis, saya membawa anak-anak ke supermarket, membenarkan mereka memilih apa yang mereka mahu makan, mengizinkan mereka membuat keputusan atas apa yang mereka mahu saya masakkan.

Pada mulanya saya ingin memasak ikan singgang, lauk kegemaran saya dan hubby sejak dari zaman berzaman. Maka saya merancang mahu membeli dua atau tiga potong ikan aya untuk disinggangkan. Malangnya tiada pula ikan aya di supermarket yang saya berkunjung itu pada hari tersebut. Agak keciwa jugalah kerana sudah lama saya mendambarkan ikan singgang setelah kali terkahir saya memakannya setahun lepas. Manakala anak-anak pula, sebaik terlihat kelibat ketam di situ, terus terjerit-jerit kegembiraan, “nak ketam, nak ketam” jerit mereka. Melihatkan harganya yang agak murah pada hari itu (sebelum ini harga ketam amat mahal di sini), maka saya terus membelinya dengan banyak. Niat di hati agar mereka dapat menikmatinya puas-puas setelah hampir dua minggu makan bertengat dek kering pitis.

Sampai di rumah, si kakak dan adik bergaduh, seorang mahu ketam itu dimasak merah bertelur, seorang lagi ingin ia dimasak kuning berlemak. Alahai, selepas kata sepakat gagal dicapai, akhirnya mama membuat keputusan, demi anak-anak, yess mama akan masak kedua-duanya, merah bertelur dan kuning berlemak.

Maka, ketam-ketam itu pun dibahagikanlah kepada dua, satu untuk masak merah, satu lagi untuk masak kuning. Lepas sejam, yess semua telah tersedia di meja, anak-anak melompat gembira, “yeyyy ketam, ketam”. Mama pula tersenyum puas dapat menunaikan kemengidaman anak-anak. Papa pula jenis tak kisah, masaklah apa pun, merah, kuning, hijau hatta ungu sekalipun dia bedal. Bagus sungguh lidah dia yang langsung tidak memilih rasa. Asal makanan, semua sedap padanya.

Maka, makanlah kami berlima sepuas-puasnya ketam yang dimasak dua cara. Bahagia tak terkata melihat mereka memakannya dengan ria, meskipun macam-macam alat dibawa ke meja guna untuk mengetuk sepit ketam, lesung batu, tukul besi, senduk kayu, atau guna gigi kapak ajer, ahhhhhhh seronoknya menikmati ketam yang banyak dan ada pilihan menu pula, merah atau kuning. Banyak tak banyak ketam yang dibeli, sampai semua dah kenyang kepuasan, ketam masih berbaki. So, apa lagi, simpanlah untuk esok hari, dah tentu mama tak perlu susah payah masak lauk lain lagi. Dan dapatlah mama buat OT main FB, ehem …

Cair, santan di sini adalah terhad, mujur ada juga sebuah dua kedai menjualnya. Santan dari dalam tinnya memang cair, tak dicampur air pun ia cair.

 Masak merah pedas bertelur, biar rupa tak cantik, asal rasanya menarik, tertarik.

Mari mengucap syukur atas segala nikmat dan pemberian dariNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

  1. Salam Dee,
    ketang gapo tu Mek? Kulit kerah, ketam batu koh? Tapi nampak sedaklahhh, jeles akak! Alhamdulillah dpt gak seafood yg muroh (muroh guane tuh?)

    • Salam kak tun, huhu ketang batu ler, hihi, ketam2 lain kat sini tak mampu dibeli, masyaAllah mahal sesangat, berpuluh2 euros sekilo, ketam ni kebetulan ada offer, 1.99 euros jer sekilo, kalau bukan offer hak jenis ni pun berbelas2 euros sekilo, di valladolid ni memang teramat mahal harga barang2 terutamanya ikan dan segala makanan laut coz kedudukannya yang amat jauh dari pantai. Budak2 ni minta nak makan ketam dari 2008, baru tahun ni dibeli, first time beli ketam di sini coz sebelum ni memang tak mampu nak beli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *