Aku ini hambaNya yang banyak terkhilaf dalam kehidupan. Apabila terasa diri telah jauh menyimpang, aku mahu pulang, mencari Tuhan dan mencari diri yang hilang. Moga aku tidak tergelincir lagi di landasan yang sedang ku berdiri ini dan moga di hujungnya adalah redha Ilahi. Adapun, hasil daripada menemui semula jalan pulang maka aku berasakan bahawa ramadhan kali ini adalah ramadhanku yang paling wangi. Nikmat bertadarus bersama zuriat sendiri, nikmat bertarawih dengan kekusyukkan hati dan nikmat memburu qadr di malam sunyi adalah antara nikmat-nikmat yang baru kini aku mengecapi, setelah bergelar suri. Adapun ramadhan-ramadhan yang lepas, hidupku agak kusut dengan pengajian, kelahiran dan anak-anak yang masih di kendongan. Kini ketiga-tiga mereka telah besar, dan sudah mampu berdikari. Malah di dalam diri mereka juga sudah mula datang keinginan-keinginan untuk mengenal diri sendiri dan keinginan untuk memperhambakan diri kepada Ilahi. Sama sepertiku, mereka juga mengharapkan yang serupa; Ramadhan yang paling wangi antara ramadhan-ramadhan yang wangi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *