Bahasa Sepanyol Bahasa Melayu
Pragmática Pragmatik
Pragmatista Ahli pragmatik
Pragmatismo Pragmatisma
Pragmalingüística Pragmalingustik
Pragmalingüista Pragmalinguis
Pragmática transcultural Prakmatik silang budaya
Pragmatista transcultural Ahli pragmatik silang budaya
Pragmática del interlenguaje Pragmatik antarbahasa
Pragmatista del interlenguaje Ahli pragmatik antarbahasa    

Shoshana Blum-Kulka adalah linguis Israel yang tersohor. Beliau banyak melakukan kajian tentang lakuan tuturan dalam kalangan masyarakat Israel. Sebahagian daripada kajian beliau dilakukan dengan membandingkan penghasilan lakuan tuturan orang Israel dengan bangsa-bangsa lain di dunia (Interlanguage Pragmatics) (Blum-Kulka et al., 1989). Berdasarkan kajian beliau tentang strategi memohon maaf (salah satu lakuan tuturan yang sering menjadi fokus kajian linguis) dalam kalangan masyarakat Israel, beliau menghuraikan bahawa; Bangsa Israel tidak akan memohon maaf seperti berkata; maaf, maafkan saya, saya mohon maaf dan seumpamanya jika melakukan kesalahan, sebaliknya akan mengemukakan pelbagai alasan atau hujah atas kesalahan yang telah dilakukan tersebut. Menurut beliau, hal ini disebabkan oleh dalam budaya Israel, mencipta alasan adalah kaedah memohon maaf.

Olshtain-Cohen 1989, melaporkan seperti berikut:-

One morning, Mrs. G, a native speaker of English now living in Israel, was doing her daily shopping at the local supermarket. As she was pushing her shopping cart she unintentionally bumped into Mr. Y, a native Israeli. Her natural reaction was to say ´´I´m sorry´´ (in Hebrew). Mr. Y turned to her and said, ´´Lady you could at least apologize´´. On another occasion the very same Mr. Y arrived late for a meeting conducted by Mr. W (a native speaker of English) in English. As he walked into the room he said, ´´The bus was late,´´ and sat down. Mr. W, obviously annoyed, muttered to himself, ´´These Israelis, why don´t they ever apologize!´´ (Olshtain – Cohen 1989: 53)

Renungan:- Orang yang tidak suka memohon maaf setelah dia dimaklumkan akan kesalahannya atau dia sendiri telah sedia maklum akan kesalahannya, sebaliknya sibuk mencipta atau mengemukakan pelbagai alasan atas kesalahan yang telah dilakukan itu adalah sebenarnya mengikut perangai atau budaya Yahudi! Seperti yang diketahui, Yahudi adalah bangsa yang angkuh kerana itu tidak wujud perkataan maaf dalam budaya hidup mereka.

Lakuan tuturan (Speech acts) ialah perkara-perkara yang dilakukan dengan perkataan ketika ia diucapkan (Austin, 1962). Contohnya, membuat permintaan, menolak permintaan, memuji, memohon maaf, menyapa dan sebagainya. Konsep lakuan tuturan mula-mula diperkenalkan oleh dua orang ahli filosofi Inggeris yang tersohor iaitu Austin (1962) dan Searle (1969). Austin (1962), dalam suatu syarahan kepada para pelajarnya telah menegaskan bahawa; Ketika kita sedang memperkatakan sesuatu, dalam masa yang sama kita sebenarnya sedang melakukan sesuatu dengan kata-kata tersebut. Pemikiran Austin tersebut telah mencetuskan fenomena dalam bidang pragmatik di mana ia telah membuka jalan kepada linguis-linguis (ahli-ahli lingustik) selepasnya untuk menjalankan pelbagai kajian ke atas gelagat lakuan tuturan. Searle (1969), seorang lagi ahli filosofi Inggeris yang masyhur telah memurnikan teori Austin itu dengan mengemukakan beberapa usulan baru dan mengatakan bahawa; Lakuan tuturan, dan bukan perkataan, adalah asas dalam sesuatu komunikasi.

Makan, adalah perbuatan yang tidak berlaku dengan hanya seseorang itu menyebut “makan´´. Sebaliknya, ia berlaku apabila berlaku tindakan-tindakan seperti; memasukkan makanan ke dalam mulut, mengunyah dan kemudian menelannya. Berbeza dengan perbuatan memuji yang berlaku hanya menerusi kata-kata. Pujian adalah perbuatan yang berlaku ketika ia disebut sedangkan makan adalah perbuatan yang berlaku apabila berlakunya aksi-aksi seperti yang telah disebut di atas tadi.

How to say “no´´ without saying “no´´? Manusia menggunakan pelbagai strategi untuk mengelak daripada berkata “tidak´´. Salah satu caranya ialah dengan menderhaka kepada salah satu Maksim Grice iaitu; memberi maklumat yang kabur atau yang berlebihan daripada yang diperlukan.

Memberi maklumat yang tidak cukup atau yang kabur atau yang tidak konsisten adalah antara strategi manusia untuk mengelak daripada berterus terang. Dalam sesetengah budaya, “to be direct´´ adalah “inpolite´´ lalu ahli-ahlinya cenderung untuk mengaplikasikan indirect strategies. Dalam budaya yang lain pula, “being indirect´´ tidak lebih daripada hal yang menyusahkan, simbol ketidakjujuran dan ketidak-ikhlasan interlocutors. Apabila dua budaya berbeza bertembung maka di sinilah pentingnya Cross-cultural Pragmatics.

Di hujung sebelah sana adalah ilmu, di hujung sebelah sini adalah manusia, titian di antara keduanya adalah bahasa. Titian yang rapuh adalah bahasa yang tidak ampuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...