Anak: Mama, nape semua orang tekan2 kepala mudian cakap; sakit kepala, sakit kepala??

Mama: Sebab mereka memang sakit kepala.

Anak: Tapi nape mereka menyebut “sakit kepala”?

Mama: Kerna kadang2 bila disebut berulang kali ia mereda separuh daripada kesakitan itu.

Anak: Yelah, tapi nape sebut “sakit kepala”, bukan “kepala sakit”??

Mama: Oh, erm mungkin sebab mereka terlalu sakit maka mereka menyebut “sakit” dahulu baru “kepala”, kalau “kepala” dahulu baru “sakit” itu maknanya sakit main2 jerr (aduss, makin sakit kepalaku!).

 

Nota:-

Soalan budak-budak kekadang lebih sukar daripada soalan supervisor tesis. Dahlah ditanya masa kita sakit kepala. Tapi tak mengapa, jawablah jugak. Macam yang dinukil sebelum inilah, kanak-kanak sangat ikhlas bila bertanya, mereka bertanya untuk tahu. Kadang-kadang mereka bertanya sekadar untuk tahu samada ibu bapa, tahu atau tidak. Bukanlah sangat kerana hendak tahu topik yang ditanya. Apa pun memang mereka bertanya untuk tahu. Jangan jawab “tak tahu” kerana kanak-kanak sangat kecewa bila mengetahui yang ibu bapa mereka “tidak tahu”. Jawablah juga walaupun tak tahu, buat-buat jer tahu, tetapi jawapan itu sebolehnya-bolehnya yang logik, yang sesuai dengan usia mereka, dan yang mencabar minda mereka untuk terus meneroka dan mencintai ilmu. Selamat menjadi ibu bapa yang rajin melayan soalan anak-anak, ok?

 

 

Insyirah, Burgos, 2011.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...