Kerja adalah amanah Allah, adalah ibadah kepada Allah yang jika dilakukan dengan ikhlas akan mendapat pahala yang sangat besar dari Allah. Jika semua pihak dari se atas-atas kedudukan hingga ke se bawah-bawah kedudukan berkerjasama dengan baik dan berusaha meningkatkan prestasi diri, insyaallah kontoversi pun tidak akan wujud. Menghormati dan menunaikan hak orang lain yang telah diamanahkan kepada kita dengan baik adalah termasuk dalam usaha untuk mengurangkan atau menghilangkan “kontroversi”. “Kontroversi” dalam hubungan kita sesama manusia tidaklah seberapa berbanding “kontroversi” dalam hubungan kita dengan Allah. Namun, “kontroversi” dalam hubungan kita sesama manusia juga boleh mencetuskan “kontroversi” dalam hubungan kita dengan Allah. Allah mencipta manusia itu ramai, dari pelbagai puak dan keturunan adalah untuk kita berbaik sangka dan hidup dalam harmoni dan aman. Daripada Dia kita datang kepada Dia kita kembali…

Jika sekadar setinggi langit, ia masih rendah. Kerana cita-cita yang benar-benar hebat dan tinggi ialah; bercita-cita untuk mencintai dan dicintai Pemilik langit. Berusaha untuk mencintaiNya dan berusaha untuk dicintaiNya. Dalam semua, dalam segala, dalam segenap ketika…

Lamanya saya tidak menukil di blog ini. Bukan tidak ada cerita atau peristiwa yang hendak dikongsi akan tetapi masa amat-amatlah tidak mengizinkan. Hidup saya kebelakangan ini berpusatkan data siang dan malam. Pendek kata, tidur data, bangun data, makan data, minum data, mimpi pun, mimpikan data. Data pula, data yang amat subjektif, amat-amatlah kompleksnya. Tetapi tidak mengapa, asalkan ada kemahuan, ada kehendak, maka akan terbitlah daya dan kekuatan untuk melaksanakannya hingga sempurna. Insyaallah ia akan berakhir dengan manis, dan kesusahan ini apabila ia sudah berlalu nanti ia akan menjadi kenangan indah terabadi di dalam hidup saya, suami dan tiga cahaya mata kami. Perjalanan masih panjang, selagi hayat belum terhenti, kita perlu terus melangkah dan berlari, mengejar waktu dan mengejar…. restu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...