3hb Ogos 2010, bangkit seawal 4.30 pagi, siapkan bekal, siapkan anak-anak, siapkan segala. Pukul 6.15 pagi keluar dari rumah di Rondilla berjalan kaki ke stesen keretapi Valladolid Campo Grande sejauh kira-kira 5 kilometer. Pukul 7.00 pagi sampai di stesen keretapi Campo Grande. 7.50 bertolak ke Zaragoza dengan Talgo. 4 jam perjalanan, kira-kira pukul 12.00 lebih tengahari sampai di Zaragoza, transit cuma 20 minit, berlari-lari, berkejar-kejar dengan anak-anak mencari platform ke Barcelona. 12.25 berlepas ke Barcelona dengan Ave (keretapi laju). 2 jam perjalanan, akhirnya kami sampai di Barcelona Sants (lebih kurang macam KL Central). Kelam kabut mencari Metro (kretapi bawah tanah), hingga terlupa nak ambil walau sekeping gambar pun di sini. Naik Metro line 3 ke Plaza España kemudian dari situ naik Metro line 1 pula ke Fabra i Puig. Kemudian naik Renfe di Sant Andreau Arenal ke Cerdanyola del Valles. Turun dari Renfe berjalan 5 beranak ke rumah Merl dan Zul. Sampai depan pintu, semerbak bau beriani kambing. Penat hilang disambut mesra tuan rumah. Tenaga yg hilang di sepanjang perjalanan pulih selepas pekena beriani kambing. Enak amat menikmati beriani kambing hingga terlupa nak ambil barang sekeping dua gambar beriani. Lepas makan, turun jalan2 sekitar rumah, malam tidur nyenyak, senyenyak2nya. 4hb Ogos 2010, hari untuk berjalan-jalan. Lepas sarapan, bersiap untuk keluar. Kami dibawa berjalan-jalan oleh tuan rumah ke beberapa destinasi menarik, antaranya; Paseo de Gracia, Barrio Gótico, Villa Olimpica, La rambla dan lain-lain lagi yang namanya kurang pasti. Lewat petang baru balik. Lepas makan malam, tidur dengan amat nyenyak dan puas. 5hb Ogos 2010, juga hari untuk berjalan-jalan. Seperti hari sebelumnya juga, lepas sarapan bersiap2 untuk keluar. Kali ini dengan bekalan makanan kerna tuan rumah mengajak picnic di Montjuic. Destinasi hari kedua ialah Iglesia Sagrada Familia dan el Montjuic. Seronok naik kabel ke Montjuic dan picnic di atas sana. Hampir malam baru balik, lepas makan, kemas barang kerna besok adalah hari untuk pulang. 6hb Ogos, bangun awal-awal, kejutkan anak-anak, bersiap, lepas sarapan turun dari rumah ke stesen Renfe dihantar tuan rumah. Di stesen Renfe, berpelukan, besalaman, keretapi datang dan adiós Cerdanyola del Valles (tempat di mana tuan rumah tinggal). Sampai di Barcelona Sants agak awal, masih ada 2 jam lagi untuk ke Zaragoza. 11.30 turun ke platform berkenaan, cari gerabak, naik, dan duduk. 12.00 tengahari tepat Ave bergerak laju meninggalkan Barcelona Sants, adiós Barcelona. 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...